Saturday, December 4, 2010
Friday, December 3, 2010
Koleksi Impian
...memulakan langkah pertama, berkenalan dengan corak
Royal Albert yang paling popular ....
Old Contry Rose
Royal Albert yang paling popular ....
Old Contry Rose
koleksi awal yang terkecil....
diikuti dengan.....
wah.... dapat pasangan yang sepadan, tak jemu mata
memandang.Pencarian diteruskan dengan penemuan
di bawah ini... lawa kan..
memandang.Pencarian diteruskan dengan penemuan
di bawah ini... lawa kan..
mungkin dah biasa bagi yang sudah memilikinya..........
tapi luar biasa bagi yang belum mendapatkannya.
memang cantik dipandang Royal Albert Old Country
Roses di bawah ni...
Berkenal-kenalan dengan corak selain Old Country Rose.
Di bawah ini Royal Albert Hand Painted.
manis betul corak di atas tu ye...
kita lihat corak seterusnya
ini Royal Albert Trillium Tea namanya,
kita cari lagi...jom kita tengok apa yang kita dapat.....ha...
di bawah ni cup ofRoyal Albert Princess Anne tau...
yang ini pula apa yea..
yang di atas ni namanya Royal Albert Golden Glory...
yang di bawah ni Beautiful Royal Albert cup and saucer
nak luaskan pemandangan lagi?
Ayuh...teruskan perjalanan kita...
cup & saucer di atas ialah antara series Royal Albert
'Flower of the Month',
'Flower of the Month',
ada December tertulis di situ...wa..aa bulan terakhir yea..
tapi pencarian kita belum berakhir ..
tapi pencarian kita belum berakhir ..
Royal Albert Lime Teacup Pink Roses di atas merupakan
pencarian terakhir dalam perjalanan pendek hari ini.
Bila melihat beberapa siri himpunan Royal Albert barulah
terjawab persoalan mengapa corak Old Country Rose
menjadi pilihan ramai....
apa pendapat anda???
Semua gambar adalah ehsan Google.
pencarian terakhir dalam perjalanan pendek hari ini.
Bila melihat beberapa siri himpunan Royal Albert barulah
terjawab persoalan mengapa corak Old Country Rose
menjadi pilihan ramai....
apa pendapat anda???
Semua gambar adalah ehsan Google.
Klasik
...nilai estetika yang tinggi..
banyak reka bentuk victorian teapot yang ganjil tapi menarik seperti
yang ditunjukkan di bawah ini:
Roses Victorian Teapot
White Victorian Teapot
Noble Victorian Rose
Summer Rose Victorian
Victorian Teapot With A Butterfly Handle
Elegant Romantic Rose Victorian Porcelain Teapot
nampak klasik & antik
Santai
Mendamaikan serta mengasyikkan.
Victorian Tea
Kita tengok-tengok Victorian Tea Set di bawah ni ye...
Kita tengok-tengok Victorian Tea Set di bawah ni ye...
Roses Scripture Tea Set
Victorian Tea Society
St. John's Victorian Tea
Sekurang-kurangnya kita sudah pun serba sedikit berkenalan
dengan ciri-ciri dan corak bunga serta reka bentuknya yea.... tapi
entah bila yang cantik dipandang semua ni boleh
masuk dalam almari hias kita...tengok sajalah dalam blog ni....
Semua gambar adalah ehsan Google
Semua gambar adalah ehsan Google
Saturday, November 27, 2010
Pengertian Cuti Bekerja Dalam Hidupku....
Setiap kali aku muhasabah diri tentang hubunganku dengan Pencipta Yang Maha Esa, hubunganku dengan tugasku dan hubunganku sesama manusia, aku amat menginsafi diri betapa perlunya aku mensyukuri setiap nikmat hidup yang diberi. Awal cuti persekolahan penggal terakhir ini bukanlah bererti aku boleh berehat sepenuhnya menikmati seluruh tempoh percutian itu, tetapi tempoh itu perlu kugunakan untuk membuat persiapan dari segi mental dan fizikal, pengurusan, motivasi diri dan pelbagai perkara lain untuk menghadapi tugas pada tahun akan datang.
Bila mengenang tempoh dalam bertugas, rasanya bukan aku bersyukur sepanjang waktu kerana aku terlupa setiap tugas yang aku lakukan itu ada ganjarannya iaitu gaji dan elaun yang tidak pernah mungkir janji di akhir bulan. Namun begitu, aku terlupa bahawa semua kerja yang aku lakukan adalah rezeki... dan bukannya bebanan yang sering dirungut-runguti semasa sibuk dan letih...
Oh...ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...ampunilah hambamu yang tidak tahu bersyukur atas nikmatmu ini... segala kebajikanku sebagai kakitangan awam sudah terjamin...waktu cuti pun gaji dan elaun tetap diberi, tambang percuma sekeluarga diperoleh setiap tahun, cuti rehat, cuti haji, .... pencen...wang persaraan bakal diterima ketika aku akan benar-benar bercuti kerja di hujung perkhidmatan nanti...
Semua yang kuperoleh adalah rezeki dan nikmat... tapi apakah semuanya halal dan berkat? Ampuni aku ya Allah, kumohon halalkan makan minum dan segala kelengkapan hidupku dan anak suamiku serta keluargaku hasil pendapatan setiap bulan dari gaji yang kami perolehi...Kumohon padamu Ya Rabbi, andai terlebih tugas yang kulakukan... jadikanlah ia sedekah jariah, yang terkurang itu Ya Allah...aku mohon rahmatMu...sesungguhnya aku tidak mampu mengelak dari seksa nerakaMu... tapi aku juga tidak layak masuk syurgaMu...
Aku insaf...sangat menginsafi apa yang kulakukan di dunia ini tidak satu pun yang tersembunyi dari timbangan dan audit di akhirat nanti...mudah-mudahan aku terus berada di landasan dan syariatMu Ya Allah kerana aku mahu menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur...Amin Ya Rabbal Alamin....
Wednesday, November 17, 2010
AIDILADHA DALAM KENANGAN
Aidil Adha, hari raya korban dalam pelbagai pengertian, pelbagai sudut dan penerimaan. Tahun 1978, di malam takbir sedang bergema, jam 9.00 malam, kekandaku yang kedua, dalam usia seawal 20 tahun telah dijemput Penciptanya. Allahyarhamah meninggalkan kami, ayah dan bonda, seorang suami dan seorang putera lelaki yang baru menginjak usia setahun...
2001, ketika takbir aidil adha pada hari kedua, ayahandaku pula dijemput Ilahi... semoga roh kedua insan tersayang ini sentiasa mendapat cucuran rahmat daripada-Nya...Allahu Akbar Allahu Akbar Lailahaillahu Allahu Akbar....Allahu Akbar walillahilham...
16 November 2010 ulang tahun kelahiranku,
17 November 2010 Aidil Adha menjelang,
dan 18 November 2010 usia perkahwinanku genap 16 tahun...
moga usiaku sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Thursday, September 9, 2010
Tradisi Munjung
Hampir tujuh tahun aku tidak menyambut hari raya puasa bersama keluarga di Selangor. Tahun ini memang aku merancang untuk bersama anak-anak dan suami agar dapat bersama-sama menghayati dan menikmati apa erti hari raya di kampung kelahiranku. Tradisi munjung masih lagi diamalkan di sini. Kelmarin aku sibuk membantu emak memasak beberapa jenis lauk dan ketupat untuk dihantar ke rumah jiran dan saudara mara. Emak masak sayur lodeh dan menggoreng ayam, manakala aku merendang kerang. Oleh kerana kudrat emak semakin berkurangan dan aku pula masih belum sihat sepenuhnya, kami memutuskan untuk memasak masakan yang mudah-mudah sahaja. Sebenarnya beberapa hari sebelum ini pun, sudah ada beberapa buah rumah jiran dan saudara mara yang menghantar punjungan. Menjelang petang, emak minta Rahim, anak buahku menghantar punjungan ke rumah saudara mara dan jiran tetangga. Menjelang waktu berbuka puasa, kami menerima pelbagai jenis punjungan termasuklah ketupat, rendang ayam, ayam masak merah, mee goreng, pajeri nenas, dan pelbagai lagi. Esok hari raya. Suasana meriah kunjung mengunjung dan ziarah menziarah ke rumah sanak saudara sudah mula kurasakan. Tradisi kami sewaktu berziarah, kami hanya menghidangkan minuman dan pelbagai kuih. Kami tidak menyediakan makanan berat kerana makanan tersebut telah dikirim semasa munjung sehari atau beberapa hari sebelum hari raya. Bagaimanapun ada juga makanan berat disediakan kepada yang berhasrat berbuat demikian. Biasanya tetamu yang terdiri dari saudara mara tidak akan berhenti datang berduyun-duyun.... inilah eratnya suasana hari raya dalam kalangan keluarga kami. Aku sendiri tidak dapat menjangkakan entah berapa ratus pertambahan ahli keluarga dan sanak saudara baik sebelah emak atau sebelah bapa...
Subscribe to:
Posts (Atom)