Salam petang Rabu buat teman-teman pengunjung yang budiman. Di kesempatan keemasan ini Amie ambil peluang untuk kemas kini cottage yang sering terabai oleh kekangan waktu. Nampaknya gugus-gusu kecil buah anggur semakin membesar walaupun agak jarang Amie ikuti perkembangannya. Gugus anggur di bawah ini berusia kira-kira dua bulan. Amie pun tidak pasti entah berapa biji dalam segugus anggur ini. Mungkin lebih 20 biji.
Oleh kerana gugus-gugus anggur ini agak tersorok di celah batang dan juga daun, Amie pun ambil saja gambar mana yang dapat.
Satu hari nanti memang Amie berhasrat untuk berkongsi pengalaman menanam anggur bersama rakan-rakan blogger, termasuk cara menyemai, menanam, penjagaan dan sebagainya.
Bagaimanapun sebenarnya anggur kami ini jenis yang pandai berdikari! Memang tidak pernah disiram dan dibaja selepas ditanam di belakang rumah, walaupun panas ataupun hujan, ia tetap tumbuh subur. Cuaca di tempat Amie sama saja dengan cuaca dan iklim khatulistiwa di tempat rakan-rakan yang lain.
Bagaimanapun, sebaik-baiknya janganlah abaikan tanaman anda sebab tanaman yang dibelai, dibaja dan dijaga akan menghasilkan pulangan yang memuaskan! Gaya Amie jangan diikut sebab tengoklah di bawah ini....
Ada juga gugus anggur yang tidak sekata pembesarannya. Agaknya kalau kami lebih prihatin terhadap pohon anggur kami, tentu hasilnya atau buahnya lebih banyak dan lebih besar!
6 comments:
wah menarik!
tak banyak yang cerita pasal tanam anggur :D
nanti kongsi lagi la ok :)
bestnye...rase nak terbang je ke sana..he3
wassalam amie, TQ sebab bagitau. Rupanya telepati bukan satu benda remeh ye.
Mari sama-sama kita amalkan
Wah menariknya buah anggur tu. Terus mengidam nak makan hehehe
kak nanti kongsi2 ye cara tanaman dari awal..berkenan sgt nak tanam anggur ni:)
Ahsfantasy,
insya-Allah akan kongsi dari masa ke semasa.
Kunangt-Kunang,
mari terbang hinggap atas ranting anggur kami he hehhehh
Mamaleesya,
memang telepati itu wujud tapi orang sekarang tak ramai yang menyedarinya,
Qema,
insya-Allah, ada bahan nanti kakak kongsikan ye.
Gud blog...Alhamdulillah tiba terblog walking
Post a Comment