Showing posts with label Belajar Masak. Show all posts
Showing posts with label Belajar Masak. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Puding Horlicks Karamel 2011

Hmmmm.... untuk mengetahui lebih lanjut tentang puding horlicks karamel 2011 saya, sila lawati dapur saya di http://salamisimon1.blogspot.com.... selamat berkongsi idea rasa.

Friday, December 31, 2010

Nasi Ayam 2010

Tahun 2010 meninggalkan pelbagai kenangan,pahit manis,suka duka, gagal dan jaya. Tak terasa begitu cepat masa berlalu. Mungkinkah kesibukan tugas menyebabkan kita tidak menyedari waktu berengsot pergi meninggalkan kita dan sesungguhnya tanpa disedari diri kita telah dimiliki waktu... usia semakin meningkat. Harapnya tahun 2011 terus memberi sinar.... azam yang terus dibawa ke hadapan, ingin meningkatkan kualiti kerja, mendekatkan diri kepada Allah, berbakti untuk keluarga dan mengurangkan mengumpat.... kalau boleh tak mahu mengumpat terus... (makan daging busuk di akhirat nanti...). Dengan adanya blog seperti sekarang ini, baiklah luangkan masa kongsi pelbagai idea masakan, hiasan dalam dan hobi2 lain. Saya sediakan Nasi Ayam 2010... resepi terakhir untuk tahun ini dan untuk mengetahui resepi2 lain jemputlah ke dapur saya yang seadanya di http://salamisimon1.blogspot.com



Sunday, December 26, 2010

Puding Karamel

Yang dah pandai buat puding karamel tu dah tak rasa apa-apa. Biasa aje kan.... tak apalah... kami nak kongsi rupa puding karamel kami yang pertama kali dihasilkan... he he .....


Yang belum pandai buat puding karamel ni dan yang nak cuba-cuba tu bolehlah ikut jejak langkah saya.... untuk bahan-bahan dan cara membuatnya silalah lawati dapur saya di sini: http://salamisimon1.blogspot.com/
cuba ye jangan tak cuba...mesti jadi punya.

Friday, December 24, 2010

Jom Makan

Suami cadangkan masak special sikit kerana anak kami baru menerima result PMRnya (8A).....sebenarnya 9 subjek tapi Bahasa Cina dapat C. Walau pun begitu bagi kami, ia bukan satu kecacatan dalam pencapaian akademiknya kerana semua yang diperoleh adalah ilmu yang bermanfaat untuk masa depannya. Anak-anak yang lain ingin meraikan rakan sebaya (jiran sebelah 2 rumah) yang akan berpindah ke Tenom 27 Disember ini. Kami ambil keputusan masak yang ringkas dan mudah serta cepat memandangkan saya agak sibuk sepanjang hari kerana ada tugas lain. Hasil masakan saya yang seadanya seperti di bawah ini:



 Ikan sikap kukus



Mee goreng



 Sayap ayam panggang


  Sosej ayam



Tak ketinggalan...ketongkeng ayam...
kegemaran anak kedua kami...

Fuad dan Fairuz bersama rakan yang diraikan...
Albert, Allan dan Aeron...selamat berpindah...

* Sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan masak-memasak hasil air tangan saya yang tak sepertinya bolehlah lawati blog saya di alamat: http://salamisimon1.blogspot.com/... bolehlah kita share and tukar2 maklumat dalam dunia masakan. Terima Kasih.

Saturday, December 11, 2010

November 2010 Cakes

Bukan anak-anak kita saja yang perlu diraikan apabila tiba hari ulang tahun mereka... betul tak? Sesekali bila kita sambut birthday sendiri rasa seronok sangat... agaknya lebih seronok daripada anak-anak kita kan...


15 November: jemputan perpisahan di kfc...
termenyambut birthday awal sehari..
terima kasih anak2 yang disayangi...
moga dapat result cemerlang .... puaslah
kami makan blueberry cheese cake yg sangat lazat tu...


walaupun sibuk dengan tugas tapi rakan2 sekerja sempat
sama2 meraikan my birthday: 16 November yang lalu.....
brownie cheese cake yang sedap hingga jilat bibir.



.......tiba2 datang lagi satu kek yang sama...mak ooiii...
brownie cheese lagi....hmmmm...ngences tengok kan...kan!
tp hingga hari ini tidak tahu siapa yang sponsor....
Allah sahajalah yang dapat membalas budi baik
hambaNya itu...makan kek lagi...tp sibuk layan kawan2
 diri sendiri tak sempat nak jamah kek tu... tak pe,
rasanya ada lagi kek bulan ni...



18 November: anniversary kami yang ke 16... adapun
kek ini dikelilingi cheese ...so namanya pun fruit cheese
cake kot....
hmmmm.... kalaulah saya pakar buat kek....keh keh keh


angan-angan nak buat strawberry chocolate cake konon....

Nasi Lemak Buah Bidara


Assalamualaikum semua.... jemput sama menikmati hidangan mata yang hanya boleh dipandang tapi tak boleh dirasa... he he he....
Mari kita hayati salah sebuah Puisi Melayu Lama yang membicarakan tentang pengorbanan dalam berkasih sayang melalui pantun berikut:

nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
tinggal emak tinggal saudara,
kerana kasih hamba turutkan.

Walaupun untaian 'nasi lemak buah bidara' sekadar sampiran atau pembayang kepada maksud pantun, tetapi pemilihan diksi atau perkataan itu sangat menarik hati pendengar seperti saya. Rakan-rakan blog yang sudi bertandang.....selepas kita nikmati secawan teh 'o' lemon  panas dan  sepinggan nasi lemak hasil masakan saya di bawah ni, kita cuci mata dengan buah bidara dari pohon yang berbuah rendang di depan rumah saya yea...



Nasi lemak & teh 'o' lemon... ada bakat jadi chef tak?



Sebakul buah epal bidara...bukan epal hijau yea.....



Ini buah epal bidara atas pokok depan rumah
saya... yang warna merah di belakang tu
 bukan epal merah tau...tu epal bidara yang buruk....



Sebab sangat geram dengan buah epal bidara yang
lebat & montel2...berkilau-kilau dipanah matahari pagi,
 saya share gambar ni dengan rakan-rakan semua... cantik tak?
Macam buah epal betul kan?