Dulu putik, kini semakin membesar. Epal bidara mula menonjolkan diri di celah-celah rimbunan daun nan menghijau.
Walaupun kedudukannya agak tersembunyi, tetapi masih boleh dilihat dengan jelas biarpun warnanya hampir sama dengan daun.
Epal bidara di luar pagar, kalau ada sesiapa yang lalu lalang di hadapan rumah, teringin nak petik dan makan, kami halalkan. Ambillah sahaja.
Ini epal bidara di dalam pagar. He he hehhh... tupai atau serangga apa yang makan buah ini yea. Sudah rezeki mereka, biarlah sama-sama merasa.
Sebenarnya epal bidara yang warna jingga di belakang itu bukannya masak, tapi mula memburuk kerana terlebih kandungan air. Maklumlah, hari-hari asyik hujan.
Tak lama lagi, epal bidara mulai tua dan rasanya menjadi manis serta rangup!
16 comments:
Kakak hairan betul dgn Amie... tanam apa pun menjadi. Dulu kakak masih ingat lagi, anggur punAmie tanam boleh berbuah, ini epal... untunglah kalau berjiran dgn Amie dapat juga merasa...
rasanya mcm ada jenis2 tangan jugak ni menanam...setengah org tu menanam ape aje, mesti pokok mati...contoh terdekat, nani sendiri la..kalo ada yg hidup pun, itu pokok yang tumbuh daripada biji yang dilempar belakang rumah secara tak sengaja..huhuh
Salam Kak Amie..1st time dgr epal bidara ni...rasanya masam macam epal hijau juga ke?
sedap ke kakk.. kagumnya boleh tanam benda-benda macam ni. Menjadi pulak tu
Kak Zakie,
suami yang tanam... tangannya sejuk kot, kalau Amie tanam biasanya pokok mati!
Nani,
samalah tangan kita ye Nani.
Sue,
rasanya rangup dan manis.
SweetOney,
memang sedappp!
kak taman buah epal ker??bestnya... sy teringin nak tanam tp tkt tak jd...hhihihi
follow sini ye
tak penah makannn..
tak penah makannn..
Salam pagi Amie. Terima kasih berkunjung.
Di Surabaya kami pun melawat ke ladang epal seperti di rumah Amie.
Rupa2nya saya dah follow Amie.
teringin nak merasa. menanam selalu tak menjadi.
wow amie....
sejuknya tgn kamu kan
bglah petua kt nor heheheheh
mesti umah akak tmpt yg sejuk kan...ske tgk buah epal tu..hijau...cam tomato pon ade gak kan..
akak.. antar la kat L sikit.. huuu
jom tambah ilmu sikit..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html
wahhhhhhh besttttnyaaaaaaa
Salam Amie...
Saya di KK sedang mencari2 pokok ni atau paling kurang daunnya... bolehkah hubungi saya di
ysukami@yahoo.com
saya mencari untuk tujuan perubatan... minta tolong sangat sangat
Post a Comment