Friday, March 23, 2012

Buah Mata Kucing Brazil

Oleh kerana belum boleh mencemar duli ke dapur, jadi bolehlah pijakkan kaki  dan membuka pintu pagar kotej yang terbiar bersawang. Walaupun sudah banyak kali bercerita tentang buah mata kucing Brazil di Amie's Little Kitchen, tetapi sebagai koleksi kotej, sudah sepatutnya buah mata kucing gergasi ini Amie abadikan di sini.


Memang rasa teruja kerana buat pertama kalinya melihat dan merasai keenakan buah mata kucing Brazil hasil tanaman sendiri. Oleh kerana tidak tahu apakah warna kulitnya apabila masak, kami petik buah yang merekah sekembalinya kami dari bercuti di Selangor minggu lepas. Rasanya manis, isinya tebal dan bijinya tidak bulat seperti biji mata kucing biasa. Ada seakan-akan akar serat  pada kulitnya apabila dikupas. Tapi masih tidak dapat dipastikan adakah buah ini telah benar-benar masak.


Sebenarnya benih buah mata kucing Brazil ini kami beli di Pasar Tani Lahad Datu beberapa tahun yang lalu. Oleh kerana ketiadaan ruang untuk bertanam, jadi pokok ini Encik Suami tanam di dalam pasu. Sewaktu kerja ubahsuai kolam ikan di bahagian penjuru halaman rumah, Encik Suami cabut pokok ini dari pasu dan tanam bersebelahan dengan pokok epal bidara. Selepas itu, kami pun tidak mempedulikannya lagi sehingga pada suatu hari kami dapati pokok ini mengeluarkan buah yang agak pelik kerana saiznya yang nampak lebih besar dari mata kucing biasa.


Gambar di atas menunjukkan buah mata kucing yang masih kecil tetapi yang menghairankan buahnya jarang-jarang, dan tidak pula menunjukkan sebarang putik yang gugur.


Banyak cabangnya, tapi buahnya mempunyai jarak di antara sebiji dengan sebiji yang lain. Tak sangka pula keadaannya begitu sebab ia boleh membesar dan perlu ruangan untuk pembesarannya. Pada masa yang sama, kami sebenarnya tidak begitu memperhatikan buah mata kucing yang agak aneh ini kerana sibuk dengan buah epal bidara yang lebat berbuah bersebelahan dengan pokok tersebut.



Sebaik sahaja buah epal bidara menamatkan musim buahnya, tumpuan pun beralih kepada buah mata kucing Brazil ini. Kami menanti perubahan warnanya yang memungkinkan apakah buahnya yang sebenar, longankah atau buah laicikah? Yang pastinya buah ini tidak bulat  sepenuhnya dan tidak pula bujur.


Tetapi tetap menarik perhatian untuk mengikuti perkembangannya dari hari ke hari.



Kebanyakan buahnya terselit dicelah ranting dan tersembunyi serta terlindung oleh daunnya yang berbentuk lebar dan panjang. Dan di bawah ini sudah tentulah buah mata kucing Brazil yang hampir matang. Besar dan lembik bila dipicit pada bahagian luarnya.



Agaknya memang dah boleh dimakan! Tak tahulah kalau warnanya menjadi cokelat sepenuhnya atau masak apabila buahnya mula terasa lembut bila ditekan! Yang pastinya, isinya manis dan tebal.


Pokoknya tidaklah setinggi mana, tetapi tidak rugi cuba menanamnya walaupun tanah sangat terhad. Kami tidak pasti pokok ini boleh membesar sebagaimana pokok mata kucing yang lain tapi rasa seronok dapat menanamnya sebab hasilnya sungguh di luar dugaan baik dari segi saiz, rasa dan keunikannya.


Sekali lagi ucapan terima kasih buatWANI DARI DUNIA DAPURKU yang rupanya pernah membuat entri tentang buah mata kucing Brazil ini. Terjawablah sudah teka-teki dan kemusykilan tentang buah mata kucing gergasi kami. Semoga dengan paparan ini akan bertambahlah info teman-teman mengenai dunia buah-buahan di negara kita.

42 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kelihatannnya besar memang buah mata kucing brazil ini Amie. Teringinnya kakak nak menanam. Mata kucing yg biasa kakak ada tanam di rumah yg kakak sewakan. Buahnya terlalulah banyak. SO bila tengok yg ini tak banyak tapi besarnya amboi macam epal. Puas makan nie...

Amie said...

Kak Zakie,
memang buahnya besar, puas makan tapi agaknya baru kali pertama buah, jadi buahnya taklah selebat mana... harap musim seterusnya banyaklah buahnya. Tanam tau kak... tak rugi!

IntaNBerliaN said...

buah mata kucing??.. besarnya.. mesti sedap n puas bila mkn :-)

SeputihSalju said...

besau2 buah mata kuing nihhh... :-)

Amie said...

Intan Berlian,
memang sedap, lebih sedap dari mata kucing biasa.

Seputih Salju,
besarnya berganda2 dari mata kucing biasa.

Yumida said...

my hb ske mkn buah mata kucing ni kak...
1st time tgk yg brazil nyer..

emma marini said...

apa rasanya yer?

Yumida said...

pokok mata kucing dpt tanam dlm pasu? wah...sronok jer dgr..cm nk tanam jgk..tp xde benih tu..hihi

Tie HT said...

akak sedapnya tgk buah2 ni...menjadi..geram jer nak terkam nak makan :)

noor said...

amie, bestnyer la ...tgk pun cam manis ajer buahnya. sejuk btl tgn awk yer

Dapur usang said...

ooohhhh teruja tengok kebun amie ni.........kesian kk ana tinggal flat tak jumpa ni semua yg ada kat pasar je tapi longan brazil ni tak dapat lah.....klu musim jemputlah ya hehehe.....

Mak Wardah said...

salam. kenal, sejuknya tangan Amie...Jealous tgk pokok2 ni

ariana said...

Asmkm Amie..salam kenal..wah..beruntungnya org yg berbudi dgn tanah ni ye..tgklah tu hasilnya..

adakah buah ni mmg berasal dari Brazil agaknya ye..?

Maya Mayana said...

memang besar...tk pernah rasa la kak

thanks follow kitaa

Liza Abu Bakar said...

masa masak dia masih hijau lagi ye... cepat kenyang kalau makan ni sebab besar.

Amie said...

Yumida,
memang besar buahnya mata kucing yang ini,
mula2 dulu memang tanam dalam pasu sebab kami sangka pokoknya kecil saja macam pokok mata kucing biasa, lepas tu kami pindahkan ke tanah.

Emma,
rasanya jauh lebih sedap dari buah longan, dan mata kucing siam sebab tebal, manis dan kenyal!

Tihara,
memang gerama kan... harap musim seterusnya buah lebih lebat.

Amie said...
This comment has been removed by the author.
Amie said...

Noor,
memang buahnya manis, sedap tapi tangan yang sejuk tu tangan hubby he hehehh

Dapur Usang,
insya-Allah ada rezeki kalau berbuah lagi... boleh pos.. he he heh jauhnya!

Mak Wardah,
yang sejuk tangan hubby... dia yang tanam.

Amie said...

Ariana,
waalaikumussalam, tanah seco'et je...macam2 yang nak ditanam, syukurlah semuanya keluarkan hasil.

Maya Mayana,
betul tu...beberapa kali ganda besarnya dari buah mata kucing biasa.

Liza,
bila masak kulitnya berubah gelap sikit, memang kenyang kalau makan 2-3 biji.

Anonymous said...

Salam Amie,

akak suka singgah di kotej Amie ni, tengok buah2an yang tak pernah tengok seperti buah mata kucing brazil ni.

Pertama kali tengok. Terima kasih Amie.

izahdaut said...

besar nye buah dia.. aduhhh mmg puas makan. suke la duduk berjiran ngan kak amie. leh belajar cucuk tanam kan kak

Yumida said...

tgk buah mata kucing brazil..tringin nk merasa

Puan Kutu said...

wah teruja sy tgok epal bidara dan mata kucing brazil nie..berbkti pada tanah mmg dapat hasilnya..suka tgok dan teringin nak rasa.hehe..

Izzatul Azma said...

Kagum dengan Kak Amie, tanam apa semua menjadi. Buah pelik pelik pulak tu. ehehe. Sedapnya mata kucing saya suka !

Syida Muhajir said...

Salam perkenalan. Terima kasih coz sudi singgah ke blog syida yang tak seberapa.

Wah.... Besarnya.Kebetulan mak syida suka makan buah mata kucing.Kalau mak syida dapat mesti dia suka. Mana nak cari benih pokok ni kak. syida pun nak tanam jugak la. syida follow akak amie jugak.

nur anis said...

saya baru tau buah mata kucing ada yang jenis besar macam ni..saya memang peminat buah mata kucing..haruslah saya sangat teringin nak mencuba buah ni..

CintaZulaikha said...

ha a, nampak besar betullah buah mata kucing brazil ni, warna pon berbeza. rasanya mannis jugak ke macam mata kucing biasa yang kita makan tu??

thanks kak follow saya. i will follow u too..

Amie said...

KunangKunang,
kami pun baru pertama kali nampak buah mata kucing sebesar ini...sebab baru pertama kali tanam.

Izah,
memang puas makannya, tebal dan manis!

Yumida,
nak hulur sebiji tapi tangan tak sampai he heheh

Amie said...

Puan Kutu,
alhamdulillah yang ditanam membuahkan hasil...

Sweethoney,
he he he yang tanam tu Encik Suami... kita tukang makannya.

Syida,
terima kasih sudi singgah,
kami beli benihnya di pasar tani, tapio tak tahulah kalau di sana (semenanjung) ada juga dijual.

Amie said...

Nur Anis,
memang buah mata kucing ni berbeza dengan buah mata kucing biasa, isinya tebal, manisnya pun lain sikit...rasanya kenyal!

Cinta Zulaikha,
rasa buah mata kucing ini lebih sedap daro mata kucing biasa (pada cita rasa kami laaa....he he heh)

Rina Rahamat said...

teringinnya sy nak rs..sy penggemar tegar mata kucing!

Ujie Othman said...

besarnya! info baru buat saya ni..

geram & jeles tengok buah2 ni menjadi.

Zareda Norman said...

tak pernah rasa buah ni.. bagusnya berbudi pada tanah pasti ada ganjarannya

salam perkenalan dari zareda norman

Myra Jay said...

x sangka ye ada buah mata kucing brazil ni. nk kna try rasa:) mesti sedap

Ariz Abdullah said...

longan brazil..

intan cottage said...

salam,saya tringin benar nk makn epal bidara ni..bleh x kalau awak jualkan sdikit brg skilo utk saya?bgtau la harga kat saya..saya transferkan..

syiela said...

besarnya nampak.. puas kalau makan ni

Unknown said...

mana nak dapat kan buah ni...

farmingwonderland said...

salam,bestnyer tengok buah dia.rasa macam nak anak pokok.kalau tak keberatan boleh tak nak anak pokok dari hasil tot(pokok ditot dari btg)bukan dari biji?terima kasih.

Firdaus said...

salam kak......itu salah satu spesis pokok matoa...yang mcm akak dulu saya dah tebang....pasal bg saya x sedap...isi tebal ade manis...tp x sedap....die glemer sebagi longan brazil.....kat indonesia n irianjaya....banyak jenis yg sedap lg....spt matoa kelapa...kat sabah sarawak....ada yag dikenal sebagai buah kristal....yg tu sedap...kulit buat coklat....tp apa2 pun tahniah....seronok tanam2....teruja tengok buah bidara tu....simpan kad...pokok yang diberkati tu....sidr la tu....yang tanam kat yaman....madu yaman...

Haz aRticm0nkey Jucylike said...

Kalau kt serawak buah ni kena panggil ape ye?

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570