Wednesday, January 16, 2013

Epal Bidara di Musim Hujan

Assalamualaikum.
Buat pengunjung yang tersesat ke sini, belum terlambat rasanya  untuk Amie ucapkan selamat Tahun Baru 2013. Memang agak lama juga Amie tidak mengemaskini Little Cottage ini. Walaupun cuti sekolah, tetapi Amie terpaksa menghabiskan sebahagian besar hari cuti tersebut untuk menyelesaikan tugas rasmi di luar daerah. Walaupun sebahagiannya Amie selesaikan di rumah, tetapi langkah Amie agak terhad untuk mencari bahan dan merakam perkara-perkara yang berkaitan untuk dipaparkan yang sebelum ini Amie ambil dari persekitaran rumah kami. Namun begitu, untuk tidak menghampakan pengunjung setia dan peminat buah epal bidara, di kesempatan ini Amie titipkan gambar-gambar kenangan yang dapat Amie kumpullam sepanjang musim hujan tahun lepas.


Lihatlah gambar pohon epal bidara di atas. Buknnya epal bidara masak, tetapi epal bidara yang buruk akibat terlalu banyak air yang diserap akibat musim hujan!


Pada peringkat awalnya, epal bidara berbuah dengan lebat sekali, dan buah-buahnya membesar dengan cepat kerana cuaca yang tidak berapa panas disertai dengan hujan.


Namun begitu, tempoh pembesaran buah epal bidara ini rupanya tidak menjanjikan hasil seperti yang dijangkakan.


Buah epal bidara yang hampir matang ini rupanya mengandungi terlalu banyak air akibat hujan yang berterusan.



Memang buah epal bidara ini kelihatan cantik dan seakan-akan mulai masak. Namun begitu, cuba perhatikan sebiji buah epal bidara di bawah ini.... yang terletak di belakang daun....



Perhatikan gambar di atas dengan gambar di bawah.



Nampaknya kerana rosak epal bidara sebiji, akan membwa kerosakan kepada keseluruhan buah tersebut!



Kalau rupanya sudah seperti gambar di atas, memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.



Epal bidara akan memburuk dan membusuk di tangkainya atau seperti di bawah ini....



Buah ini akan gugur ke tanah.



Bekas gigitan pada buah epal bidara ini merupakan perbuatan tupai dan juga serangga malam.



Nampaknya.... hanya dapat menikmati pemandangan epal bidara di musim hujan melalui celah jendela!