Showing posts with label Bunga. Show all posts
Showing posts with label Bunga. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

Orkid @ Anggerik

Dulu, lebih 10 tahun yang lalu... waktu itu tengah gula-gila tanam & kumpul bunga orkid. Ke mana-mana pergi kalau terjumpa pokok orkid, entah spesies apa pun mesti beli punya! Terpikat sangat dengan bunganya yang cantik & warna-warni! Orkid bandar ke, yang kawin ke atau anggerik desa yang tumbuk di tanah atau atas pokok, semuanya kami kumpulkan! Akhirnya (sempat Amie kira), kami berjaya kumpulkan 117 jenis orkid! Sayang seribu kali sayang, setelah pembantu rumah berhenti kerja, orkid terbiar begitu saja... dan rupa-rupanya pandai merajuk ya! Tak mahu berbunga, dan ada yang mati!  .Itulah... padan muka kami kan, hanya tahu buat koleksi tapi tak rajin nak jaga. Encik Suami pun kumpulkan beratus-ratus pasu orkid dan letak di belakang rumah. Ada juga beberapa pokok yang masih hidup, Encik Suami pindahkan ke bahagian hadapan rumah kami. Sangkutkan di batang pokok epal bidara. Kadang-kadang bila keluar bunga, Encik Suami panggil Amie untuk melihatnya, tapi mood nak ambil gambar tadaaaaakkk mari!


Gambar ini diambil waktu tengahari. Dah layu ke bunga yang di bawah tu...


Yang ini nampak kembang sempurna.


Keesokan pagi... oh! Baru kembang rupanya yang bahagian bawah tu.


Cantikkan! Basah... bukan kena embun atau baru disiram, tapi sebab disirami hujan di malam hari!

Thursday, April 10, 2014

Mawar oh! Mawarku

Lamanya tak datang ke sini..... 
Nampak gayanya memang kena kerja keras nak bersihkan segala sawang yang dah menutup hampir keseluruhan cottageku nan usang ini!
Jom kita serikan cottage ini dengan bunga ros @ mawar segar pelbagai warna!



Nampak seri tak?


Belum berseri lagi ke?
Meh kita bubuh bunga mawar warna oren pulak.


Naik seri sikit kan?



Kita tambah mawar oren yang mula mekar.
Lagi berseri kan?



Apa pun mawar merah juga yang diminati ramai. 
Tapi... kita tunggulah kuntumannya  menjadi mekar!
Moga cottage ku yang semakin 'yatim piatu' ini makin berseri.

Wednesday, June 19, 2013

Sundal Malam atau Sedap Malam?

Dikatakan terdapat 12 spesies bunga sundal malam. Salah satunya bunga sundal malam yang kita lihat dalam filem Pontioanak Harum Sundal Malam.


Keluarga sebelah Encik Suami mengatakan ini bunga sundal malam. Baunya sangat semerbak ketika senja menjelang!



Kami pernah menanam sepokok di tepi longkang berhampiran dengan pintu dapur. Ia mudah ditanam, dan seingat Amie Encik Suami menanamnya secara keratan batang.



Pernah sekali, jiran dihujung taman perumahan kami... rumah ke tujuh dari rumah kami, memberitahu aroma bunga sundal malam ini sampai ke rumahnya!



Harum wangi itu datangnya bukan dari sekuntum tapi beratus-ratus kumtum!



Ini sebahagian daripada pokok bunga sundal malam. Amie tangkap gambar ini semasa pergi ke kampung semalam.



Ini sebahagian bunga sundal malam yang belum cukup masa untuk kembang. Beginilah gambarannya kuntuman sundal malam yang kuncup di waktu siang.



Pokok bunga sundal malam di tepi longkang di hadapan  pintu dapur kami sudah Encik Suami tebang. Tempatnya digantikan dengan pokok lemon. Sayangnya, sudah bertahun lamanya pokok lemon tidak mengeluarkan hasil!
Amie minta Encik Suami tanam semula pokok sundal malam di tepi longkang di hadapan pintu dapur kami. Sebenarnya... teringin menikmati semerbak mewangi aroma sundal malam menjelang senja di rumah sendiri. 
Pernah pula terbaca paparan bunga di atas tu namanya Sedap Malam. Betul ke....