Wednesday, June 19, 2013

Sundal Malam atau Sedap Malam?

Dikatakan terdapat 12 spesies bunga sundal malam. Salah satunya bunga sundal malam yang kita lihat dalam filem Pontioanak Harum Sundal Malam.


Keluarga sebelah Encik Suami mengatakan ini bunga sundal malam. Baunya sangat semerbak ketika senja menjelang!



Kami pernah menanam sepokok di tepi longkang berhampiran dengan pintu dapur. Ia mudah ditanam, dan seingat Amie Encik Suami menanamnya secara keratan batang.



Pernah sekali, jiran dihujung taman perumahan kami... rumah ke tujuh dari rumah kami, memberitahu aroma bunga sundal malam ini sampai ke rumahnya!



Harum wangi itu datangnya bukan dari sekuntum tapi beratus-ratus kumtum!



Ini sebahagian daripada pokok bunga sundal malam. Amie tangkap gambar ini semasa pergi ke kampung semalam.



Ini sebahagian bunga sundal malam yang belum cukup masa untuk kembang. Beginilah gambarannya kuntuman sundal malam yang kuncup di waktu siang.



Pokok bunga sundal malam di tepi longkang di hadapan  pintu dapur kami sudah Encik Suami tebang. Tempatnya digantikan dengan pokok lemon. Sayangnya, sudah bertahun lamanya pokok lemon tidak mengeluarkan hasil!
Amie minta Encik Suami tanam semula pokok sundal malam di tepi longkang di hadapan pintu dapur kami. Sebenarnya... teringin menikmati semerbak mewangi aroma sundal malam menjelang senja di rumah sendiri. 
Pernah pula terbaca paparan bunga di atas tu namanya Sedap Malam. Betul ke....