Saturday, January 7, 2012

Anggur Tahun Baru 2012

Salam semua yang sudi datang ke teratak Amie. Dari minggu lepas lagi Encik Suami beritahu ada putik-putik anggur mula kelihatan tapi Amie tidak berkesempatan untuk melihatnya.... macamlah jauh sangat, padahal beberapa langkah saja dari pintu dapur. Sebelum itu, Encik Suami gondolkan kesemua daun anggur dan kebetulan cuaca dingin dan hujan yang berterusan, daun-daun muda pun tumbuhlah semula dengan lebatnya. Petang tadi Amie sempat menjenguk pokok anggur kami dan di bawah ini adalah anggur pertama yang berbuah di awal Januari 2012. 


Tahun lepas 3 kali pokok anggur kami berbuah. Harap tahun ini lebih lebat  lagi buahnya sebab kalau masak rasanya manis. Walaupun nampak hijau tapi sebenarnya bukan anggur hijau. Anggur ini berubah warna ungu ketika masak.


Kesimpulan yang kami perolehi berdasarkan pengalaman, pokok anggur ini hidup lasak sebab walaupun kami tidak menghiraukannya lagi seperti menyiram atau membubuh baja, tetapi ia tetap hidup subur, dan tetap mengeluarkan buah! Suatu masa dahulu memang kami sudah tebang habis pokok anggur ini dan hanya tinggal tunggul, tetapi ia bertunas semula dan kembali menjalar rimbun!


Harap selepas ini kami ada masa untuk memberi perhatian kepada pokok anggur ini.



8 comments:

EmbunRosaliza said...

bestnya amie, tnm anggur manjadi dan berbuah lg, suka kita tgk

Amie said...

Rosa,
kesian anggur tak terjaga, kali ini nak jaga elok2

nuwairani ismail said...

hmm....bagusnya pokok anggur ni. memang setia nak menyumbang bakti kepada tuan tanah...nanti nk gi ziarah rumah kak amie la sekali. nk tengok ladang anggur ni...

Dalila Hamid said...

seronok kan kalau tanaman menjadi

Temuk said...

Ayah memang geram tengok pokok cantik dan berbuah. Tak kira pokok apa. Pokok anggur Amie (dan pokok epal bidara yg ditunjukkan sebelumnya) tu bukan saja hasilkan buah yang segar, tapi juga menyegarkan mata dan hati! Agaknya kalau ditanam di Jeram serupa tak prestasinya?

Amie said...

Nani,
boleh datang....silakan dan amat dialu-alukan tapi sebelum datang telefon dulu tau... maklumlah keadaan rumah dan tangga kak Amie sentiasa macam rupa kapal karam ha hahahh terkejut pengsan nanti Nani dibuatnya!

Dalila,
alhamdulillah, pokok anggur rupanya taklah cerewet sangat... dia pandai hidup berdikari!

Ayah,
rasanya memang boleh ditanam kalau ada usaha dan kemahuan, sebab kita boleh sediakan jenis tanah, baja (memang kami tak rajin membaja pokokanggur!) di Jeram pun ada ladang anggur kalau tak silaplah, tapi Amie belum pernah lagi ke sana!

Yumida said...

wah...sronok nyer ade pokok anggur sndiri....yummy! anggur ni mahal kn jual kt market..tanam sendiri lg bez..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Bestnya...tangan amie bagus dengan tanaman..kalau akak tinggal daun kering berguguran.