Monday, January 16, 2012

Bunga, Putik dan Buah Anggur

Salam  hari Isnin. Petang tadi Amie sempat ambil gambar buah anggur di belakang rumah walaupun sudah remang-remang senja. Buat Cikgu Abdul Hakiim Talib  yang masih terpinga-pinga tentang keajaiban adanya pohon anggur di Lahad Datu, inilah sebenarnya yang ada di belakang rumah Kak Amie. Kebetulan ada putik anggur di celah-celah daun, jadi sempatlah rakam buat tatapan Cikgu Abdul Hakiim. Kalau berminat untuk tanam, nanti boleh minta tolong Encik Suami semaikan. Tangan Kak Amie panas, kalau tanam pokok selalunya tak tumbuh.... ha hahahhha...


Segugus putik anggur.



Inilah bunga anggur yang baru muncul bersama putik-putiknya yang halus.



Putik anggur yang sedang membesar menjadi buah. Okey Cikgu Hakiim? Nanti ada masa boleh datang rumah Kak Amie tengok pokok anggur tu ye!  Bawa Cikgu Misariah Halili sekali tau!

7 comments:

KuNanGKuNanG said...

bestnye kak...petik leh terus makan...

Amie said...

he he hehh tunggu masak dulu... nanti dia berubah ke warna purple!

qemaishak said...

kak nanti bagi tip tanam anggur, ingat nak tanam kat laman rumah baru nanti..

pokok epal bidara tu sesuai tanam kat tanah camane kak? berminat gak nak tanam kalau boleh hidup subur kat semenanjung ni, bestnya dapat makan buahan fresh dari laman sdiri ni.

Ros said...

Salam Amie,

Tak susah ka nak jaga pokok anggur ni...?

suri solehah said...

amie..kita pernah jugak tanam..tapi bila stat menjalar..dia mati perlahan2..ada petua tak..suka tengok anggur amie

Amie said...

Qema,
nanti kak Amie bagi tips tanam pokok anggur ye.
Epal bidara tu sebenarnya memang sesuai ditanam di mana-mana di tempat kita, kak Amie tanam depan rumah, tanah biasa.

Ros,
tak susah Ros, sama macam tanaman lain, pokoknya taklah manja sangat...:)

Suri,
insya-Allah nanti Kak Amie kongsi cara penanaman pokok anggur ye.

Kunang-Kunang said...

Salam Amie,

Betul2 macam dala mimpi rasanya kan.