Tuesday, May 29, 2012

Mari Menanam Anggur I

Suatu ketika dahulu, beberapa orang pengunjung blog ini meminta jasa baik Amie untuk berkongsi pengalaman menanam anggur. Ahamdulillah, kali ini Amie berkesempatan untuk bercerita tentang pengalaman Amie sendiri, serta beberapa rujukan dari beberapa buah blog lain sebagai info tambahan. Bagaimanapun, tanaman anggur yang Amie maksudkan di sini bukanlah untuk tujuan komersial, melainkan hanya mengisi kegemaran masa lapang sahaja terutama kepada mereka yang minat berkebun. Apabila disebut tentang buah anggur, tentu anda akan membayangkan seperti di bawah ini:



Untuk menghasilkan buah anggur secara komersial, sudah tentu memerlukan banyak persediaan termasuk modal, benih yang berkualiti, pembajaan yang teratur dan sebagainya. Namun untuk tanaman bagi memenuhi masa lapang tidaklah sesukar seperti yang dibayangkan. Anda tidak perlu rasa kecewa kerana tidak memiliki tanah yang luas, memadailah anda mempunyai minat dan kesungguhan untuk menanamnya.

Kelmarin, Amie sempat menghantar sepasu benih anggur untuk seorang rakan yang bertugas di Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Lahad Datu. Cuba lihat benih anggur di bawah ini. Anak benih semaian Encik suami ini berusia lebih kurang 3 bulan. Sekiranya dijaga dengan rapi, dengan pembajaan dan disiram mengikut jadual, anak benih ini akan kelihatan lebih subur. (Sebenarnya kami terlupa semaian anak benih ini, dan ia terbiar di bawah teduhan tanpa diberi baja dan disiram. Syukurlah anak benih ini tumbuh dengan sihat dan mudah-mudahan rakan yang menerima benih ini merasa gembira).


Walaupun hanya satu pasu tetapi ada 2 batang benih yang disemai. Insya-Allah selepas ini Amie akan tuliskan bagaimana langkah seterusnya untuk menanam anggur di rumah sendiri, di belakang rumah, di hadapan rumah atau di tepi rumah.

19 comments:

Ujie said...

wah..rajinnya! tanam anggur lagi tu.

saya suka tengok, tapi tak rajin kerjakannya.

Jae.jae said...

ape khabar puan... saya mahu tanya, macam mana nak semai/ biakkan pokok anggur??? harap puan boleh bantu saya :)

Amie said...

Ujie,
kami pun tak rajin juga... dia hidup sendiri he he heh

Jae.jae
gunakan keratan batang saja, mudah bukan

Masya said...

pokok anggur boleh tanam kat pasu yer.. saya tau dia menjalar jer.. mmg xde pengetahuan langsung nak nenanam.. tp suke makan..

HANIS AFIQ said...

mcm mane nak dapatkan keratan batang atau benih anggur nie...

Kak rose said...

berminat nak tanam..perlu ruang yg luaske? ada tanah sekangkang kera jer..

Kunang-Kunang said...

Salam Amie,

Rasa seperti di alam fantasi bila melihat pokok anggur berbunga dan berbuah di negara kitakan.

Dulu kita bayangkan anggur hanya di negara berhawa 4 musim saja.

mama ju, said...

Salam

Terimakasih dtg ke blog.
Mama memang teruja nak tanam anggor. dulu tanam da naik tinggi, tiba2 mati.Ada sedara tanam, buat para cantik, tapi buahnya masam, ada petua?

kemudian sign in- ada masalah sikit...

sweethOneY said...

Untunglah tangan Kak Amie ni sejuk laaa tanam apa pun menjadi :)

LadyBird said...

akak.. boleh x tanam anggur guna biji yg kite makan tu? tumbuh x?

Amie said...

Masya,
yang dalam pasu tu benih yang disemai Amie bawa ke perpustakaan untuk seorang kawan di sana, kena pindahkan ke tanah.

Hanis Afiq,
saya beli dari pasar tani, kalau kawan2 nak tanam, suami semaikan benih dari keratan batang. Agaknya tempat Hanis jauh dari tempat kami kot...

Kak Rose,
tak perlu tanah yang luas, kami tanam 2 pokok di belakang dapur je

Amie said...

KunangKunang,
yang seronoknya kita boleh rancang berfapa kali nak bagi anggur tu berbuah, sebab panas sepanjang tahun, anggur kami tahun lepas berbuah 3 kali setahun.

Mama Ju,
anggur kami manis bila masak, agaknya tanah tu asidnya tinggi kot, orang kata kalau nak kurangkan asid kena tabur kapur dulu sebelum tanam.

Sweet,
tangan hubby dik he he hehh

Lady Bird,
tak tahulah pula dik, kami tanam guna keratan batang.

QasehnyaRania said...

salam kenal dan follow sini dari kuiz kak sha juga

good luck yer akak =)

bersama kak Es said...

lepas ni boleh memetik anggur sambil bersantai di bawah pagola

syiela said...

nanti share ye nak juga tanam kat tanah sekangkang kera saya tu :)

asyikin said...

salam,puan boleh saya tahu bagaimana boleh mndapat benih tersebut???? kalau ade jual,saya ingin membelinya..terima kasih..harap dapat bantu

Richard Wong said...

Sesiapa yang di area Sarikei, Sarawak, sya ada membekalkan benih anggur, strawberry, mulberry dll. Sms sya 0138949980. Tq

sab mohd said...

asalamualaikum.
tahniah blog puan sgt menaik. saya tertarik dengan kisah anggur puan. mcm mana nak dapatkan benih tersebut dari puan. Saya diLahad Datu. saya sgt berharap agar memperolehi benih tersebut. hubungi saya 0168466012.

sab mohd said...

asalamualaikum.
tahniah blog puan sgt menaik. saya tertarik dengan kisah anggur puan. mcm mana nak dapatkan benih tersebut dari puan. Saya diLahad Datu. saya sgt berharap agar memperolehi benih tersebut. hubungi saya 0168466012.