Wednesday, June 20, 2012

Old Garden Roses : Kundasang War Memorial

Setiap kali kami pergi ke kota Kinabalu, pasti kami singgah dalam perjalanan pergi atau balik di Kundasang. Amie tidak lepaskan peluang mendaki anak tangga War Memorial Kundasang. tempat pertama yang Amie tuju tentulah  English Garden. Menikmati keindahan dan kecantikan mawar kuno yang sangat Amie minati!


Bunganya kecil, warnanya lembut dan batangnya melekap di dinding tembok batu yang kukuh. Empat tahun lalu, kami beli sepasu benih bunga ros kuno ini dengan harga RM50 setelah tawar-menawar dengan si penjual. Kami tanam di tepi rumah, dijaga, dibaja dan ditanam sebaris dengan bunga ros merah desa.


Sayangnya, hanya ros merah desa yang produktif mengeluarkan bunga sedangkan ros kuno @ old garden rose tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berbunga! Rupa-rupanya ros jenis begini hanya berbunga sekali dalam semusim! Ohhh...OLD GARDEN ROSES! Berbungalah dikau walau hanya sekali.

8 comments:

KuNanGKuNanG said...

cantiknye warna pink..:)

Amie said...

Tulaaa.... minat sangat tapi yang ditanam dah 4 tahun tak mo berbunga jugak!

nn lylyn said...

sekali je? kena hargai bile die berbunga =)

Kakzakie said...

Bila kita membeli pokok bunga yg sepatutnya ada bunga memang selalu berharap ianya berbunga Amie... kakak pulak bunga orkid macam mogok susah betul nak keluarkan bunga

Bunga ros yg Amie pilih memang cantik/manis dipandang - kena tunggulah masanya dah kata setahun sekali je.

mama tim said...

wah peminat bunga lah nih..

Amie said...

Nn Lylyn,
sekali aje...

Kak Zakie,
orkid pun sama gak Kak Zakie, jenuh tunggu keluar bunga, tapi sekali berbunga, cantik...

Mama Tim,
memang suka bunga!

che dai said...

pernah datang kundasang, tapi sayang bebunga ros masa tu tak berapa berbunga...

syiela said...

cantiknya!