Wednesday, June 19, 2013

Sundal Malam atau Sedap Malam?

Dikatakan terdapat 12 spesies bunga sundal malam. Salah satunya bunga sundal malam yang kita lihat dalam filem Pontioanak Harum Sundal Malam.


Keluarga sebelah Encik Suami mengatakan ini bunga sundal malam. Baunya sangat semerbak ketika senja menjelang!



Kami pernah menanam sepokok di tepi longkang berhampiran dengan pintu dapur. Ia mudah ditanam, dan seingat Amie Encik Suami menanamnya secara keratan batang.



Pernah sekali, jiran dihujung taman perumahan kami... rumah ke tujuh dari rumah kami, memberitahu aroma bunga sundal malam ini sampai ke rumahnya!



Harum wangi itu datangnya bukan dari sekuntum tapi beratus-ratus kumtum!



Ini sebahagian daripada pokok bunga sundal malam. Amie tangkap gambar ini semasa pergi ke kampung semalam.



Ini sebahagian bunga sundal malam yang belum cukup masa untuk kembang. Beginilah gambarannya kuntuman sundal malam yang kuncup di waktu siang.



Pokok bunga sundal malam di tepi longkang di hadapan  pintu dapur kami sudah Encik Suami tebang. Tempatnya digantikan dengan pokok lemon. Sayangnya, sudah bertahun lamanya pokok lemon tidak mengeluarkan hasil!
Amie minta Encik Suami tanam semula pokok sundal malam di tepi longkang di hadapan pintu dapur kami. Sebenarnya... teringin menikmati semerbak mewangi aroma sundal malam menjelang senja di rumah sendiri. 
Pernah pula terbaca paparan bunga di atas tu namanya Sedap Malam. Betul ke....

12 comments:

Ujie said...

banyaknye bunga dia...boleh jadi aromaterapi semulajadi ni.

pasal nama, mmg pernah dgr kedua2 nama tu.

Kakzakie said...

Kakak rasa Amie memang ada org sebut sundal malam dan ada juga yg sebut sedap malam.

Buna ini memang wangi waktu malam, siang biasa aje, kalau dekatkan hidung baru bau.

Kesuma Angsana said...

wah menarik juga yer info tntg bunya ni hehehe tq share

::NureeN:: said...

wani ropanya.. tp meremang bulu roma plak bila bau wangi2 bila senja...

Homestay Melaka Mansor Choot said...

Homestay murah untuk didiami bertempat di bachang melaka . http://homestaymansorchoot.blogspot.com/

adzairdawati makdara said...

mmg wangiii bau bunga ni

Kak Yon said...

akk pun pangil dua2 nama tu.nama sedap malam lebih elok dari sundal malam..hehe

ummiross said...

Tak pernah lagi tengok bunganya Amie, banyak bergugus bunganya ye..

zaiyatun said...

saya dah lama carik benih/anak pokok dia..merata carik x jumpa..boleh tau mana dpt anak pokok dia..

zaiyatun said...

yg selalu ade kat nurseri asik sundal mlm yg mcm pokok bebawang tu..yang tu x leh lwn wangi dia n tahan lasak dia compare ngan sundal mlm yg jenis ni..susah nak dpt pokok ni..

Mohd ShaHqimie said...

nak tow x jnu2nya bunga tow d gnakan di india untuk menaikkan nafsu sebelum membuat hubungan kelamin zamn dlu kala nta btl kh tia

Noble Star said...

salam.. boleh ke nak satu keratan batang pokok ni please.. tolong whatsapp saya jika boleh di 0123145647.. dah lama cari bunga ni.. dulu zaman kanak-kanak, abah ada taman tepi tempat sampah kat luar.. tapi dah tak ada..