Wednesday, January 16, 2013

Epal Bidara di Musim Hujan

Assalamualaikum.
Buat pengunjung yang tersesat ke sini, belum terlambat rasanya  untuk Amie ucapkan selamat Tahun Baru 2013. Memang agak lama juga Amie tidak mengemaskini Little Cottage ini. Walaupun cuti sekolah, tetapi Amie terpaksa menghabiskan sebahagian besar hari cuti tersebut untuk menyelesaikan tugas rasmi di luar daerah. Walaupun sebahagiannya Amie selesaikan di rumah, tetapi langkah Amie agak terhad untuk mencari bahan dan merakam perkara-perkara yang berkaitan untuk dipaparkan yang sebelum ini Amie ambil dari persekitaran rumah kami. Namun begitu, untuk tidak menghampakan pengunjung setia dan peminat buah epal bidara, di kesempatan ini Amie titipkan gambar-gambar kenangan yang dapat Amie kumpullam sepanjang musim hujan tahun lepas.


Lihatlah gambar pohon epal bidara di atas. Buknnya epal bidara masak, tetapi epal bidara yang buruk akibat terlalu banyak air yang diserap akibat musim hujan!


Pada peringkat awalnya, epal bidara berbuah dengan lebat sekali, dan buah-buahnya membesar dengan cepat kerana cuaca yang tidak berapa panas disertai dengan hujan.


Namun begitu, tempoh pembesaran buah epal bidara ini rupanya tidak menjanjikan hasil seperti yang dijangkakan.


Buah epal bidara yang hampir matang ini rupanya mengandungi terlalu banyak air akibat hujan yang berterusan.



Memang buah epal bidara ini kelihatan cantik dan seakan-akan mulai masak. Namun begitu, cuba perhatikan sebiji buah epal bidara di bawah ini.... yang terletak di belakang daun....



Perhatikan gambar di atas dengan gambar di bawah.



Nampaknya kerana rosak epal bidara sebiji, akan membwa kerosakan kepada keseluruhan buah tersebut!



Kalau rupanya sudah seperti gambar di atas, memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.



Epal bidara akan memburuk dan membusuk di tangkainya atau seperti di bawah ini....



Buah ini akan gugur ke tanah.



Bekas gigitan pada buah epal bidara ini merupakan perbuatan tupai dan juga serangga malam.



Nampaknya.... hanya dapat menikmati pemandangan epal bidara di musim hujan melalui celah jendela!

19 comments:

Kakzakie said...

Sayanganya Amie. Kalau kakak dah tahu macam tu petik aje masa dia masih hijau, buat rojak buah sedapnya. Itulah bila ada banyak mesti tak termakan ye Amie. Kakak yg tengok geramnya... banyak pulak tu.

Nooriah Abdullah said...

salam Amie
akak tak pernah makan dan tak reti nak makan pun buah ni cemana nak makan heee jakuniss ni

makchaq said...

Makchaq tak pernah nampak rasanya.. tak tau la kot tak ingat..
Rasanya macam epal jugak ke?

Amie said...

Kakzakie,
masalahnya dah terlambat kak sebab walaupun luarnya nampak elok dan segar tapi di dalamnya dah buruk dimakan air, lain kali kalau berbuah musim hujan memang nak petik aje buat jeruk!

Kak Nooriah,
makan macam biasa kak, boleh cicah kicap lada atau kalau dah tua makan je gitu.

Makchaq,
rasanya manis bila tua, getir sikit bila muda,

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

alahaii.. sayangnya amie.. byk yg rosak ye di musim hujan.. agak2nya buah yg belum matang tu tak boleh ke dipetik & dibuat jeruk atau dibuat inti pai dan sebagainya... sayang betul nampak buah yg jatuh berguguran tu..

Amie said...

Madiha,
rosak sebiji rosak semua sebab dah masuk air, jadi isinya semua buruk... sebenarnya sebiji pun tak dapat diselamatkan!

kakyon said...

indahnya pemandangan epal bidara di tepi jendela..

Nasuha said...

yg ggur tu dh msk?

Amie said...

Kak Yon,
walaupun epal buruk yang bergantungan... tapi masih ada nilai seninya kan... he he ehhh.

Nasuha,
yang gugur tu burukkk... jatuh dari tangkai.

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Hanny Abdullah said...

Bestnya ada tanah sendiri..mcm2 boleh tanam, tak pernah dgr apple bidara..mcm apple biasa ke? Dah pernah rasa ke buahnya??

butod said...

saya mau beli bibit buah anggur sama tu epal. Macamana mau contact? mau cuba tanam

Amie said...

Hanny,
epal bidara rasanya manis & rangup kalau dah tua, masa muda rasanya kelat sikit.

Butod,
cuba cari benih anggur di pasar tani.

butod said...

bulih ka kalau sia bili kopunya bibit anggur sama tu bidara epal? ndak tejumpa bah ni di pasar tani?

Amie said...

Kami tak jual, tapi kalau berminat boleh datang ambil.

ckLah @xiiinam said...

Betullah Amie. Masa mula lihat putiknya gembira sangat. Tapi susah nak jumpa yang sampai matang ditangkai. Pasti membusuk ditengah usia dia. Sesekali ada yg sampai masak elok, memanh manis rasanya...

Sury Abil said...

Salam kak amie..sesat ke sini pulak..hee..suka nya tgok epal bidara tu...kak amie tanam ank pokok ke..berminat lh tgok..nnti dh blik kpg blh tanam kat umh sendiri...best kan..ada kebun2 ni..:-D

deno said...

wah.... banyaknya epal.. sayang yang buruk tu...

Kesuma Angsana said...

wah sedap ni.. tq ke blog KA dah follow sini juga yer 161 hehehe