Mengimbau kenangan silam, zaman kanak-kanak yang telah lama berlalu, bergelumang dengan selut dan lumpur, bermain di paya, menangguk anak ikan dan udang.... tidak pernah terfikir saat itu tidak akan berulang kembali. Berlarian di bawah pepohonan, memanjat dari dahan ke dahan, bergayut tanpa rasa gayat, berkaki ayam memijak segala ranting dan dedaun kering... sesekali terkenang, rasa teramat hening, setelah menyedari diri telah dimiliki waktu. Kiranya generasi muda hari ini tidak merasai itu semua... indah, amat indah, paling indah dalam hidup ini... zaman kanak-kanak yang tidak mampu dibeli, malangnya, sayangnya anak-anakku tidak berpeluang mengalami kemeriahan itu kerana latar yang semakin berbeza.... hinggakan nyamuk pun disangka semut terbang....oh..
No comments:
Post a Comment