Friday, December 24, 2010

Jom Makan

Suami cadangkan masak special sikit kerana anak kami baru menerima result PMRnya (8A).....sebenarnya 9 subjek tapi Bahasa Cina dapat C. Walau pun begitu bagi kami, ia bukan satu kecacatan dalam pencapaian akademiknya kerana semua yang diperoleh adalah ilmu yang bermanfaat untuk masa depannya. Anak-anak yang lain ingin meraikan rakan sebaya (jiran sebelah 2 rumah) yang akan berpindah ke Tenom 27 Disember ini. Kami ambil keputusan masak yang ringkas dan mudah serta cepat memandangkan saya agak sibuk sepanjang hari kerana ada tugas lain. Hasil masakan saya yang seadanya seperti di bawah ini:



 Ikan sikap kukus



Mee goreng



 Sayap ayam panggang


  Sosej ayam



Tak ketinggalan...ketongkeng ayam...
kegemaran anak kedua kami...

Fuad dan Fairuz bersama rakan yang diraikan...
Albert, Allan dan Aeron...selamat berpindah...

* Sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan masak-memasak hasil air tangan saya yang tak sepertinya bolehlah lawati blog saya di alamat: http://salamisimon1.blogspot.com/... bolehlah kita share and tukar2 maklumat dalam dunia masakan. Terima Kasih.

No comments: