Rakan-rakan sekerja ada yang teruja dan tidak kurang juga yang masih tidak percaya anggur boleh ditanam dan berbuah di negara kita. Sebulan yang lalu Amie beri benih anggur (semaian) kepada seorang rakan yang memang berminat untuk menanamnya. Tidak sampai tiga minggu pokok anggurnya mati...kenapa? Katanya daunnya kuning dan gugur. Amie tanya.... ada siram tak? Hari-hari saya siram, sementara menunggu pokok anggur membesar dan sesuai untuk dipindahkan, rakan saya letak di bawah tangki air. Dia juga membubuh baja. Oleh kerana benih anggur yang Amie berikan itu berada dalam polibeg, tanahnya pun bukanlah banyak sangat, tidak perlu bubuh baja sebab memang tanah itu sudah sedia subur (boleh bubuh baja tapi beberapa biji saja dan jangan sampai terkena batang pokok anggur yang baru tumbuh), dan ikut pengalaman Amie, pokok anggur tidak boleh terlalu banyak menyimpang / menampung air. Daun yang menjadi kuning, bererti akibat lebihan air yang diserap oleh batang pokok. (Teladan kisah musim hujan yang tidak menentu sepanjang Disember hingga Mac lepas.... habis gugur buah dan daun-daun anggur.) Bila sudah dipindahkan ke tanah, bubuhlah baja 10 hari sekali di sekeliling pokok tu.
Anggur di atas ni masak tak sekata.... maklumlah asyin mengalami tragedi hujan yang tidak menentu dan berhari-hari pula, kemudian panas terik pula.
Nampak tu... daunnya yang tidak sihat. Seorang lagi rakan yang Amie berikan benih anggur, bila dengar tentang nasib pokok anggur daripada rakan yang satu tadi berkata, pokoknya kelihatan sihat, daun anggurnya masih hijau dan segar dan belum disiram, cuma terkena embun dan tempias air hujan, juga diletakkan di tempat teduhan. Untuk rakan yang kematian pokok anggurnya tadi, Amie berikan sepasu lagi benih anggur yang sudah agak lebat daunnya. Mudah-mudahan rakan-rakanku berjaya memelihara pokok anggur masing-masing sehingga berbuah.
Ini pula buah epal bidara.... Amie bawa sebakul ke sekolah, sesiapa yang bernasib baik dapatlah sebiji seorang. Ada seorang rakan bawa pulang ke rumah, ibu mertuanya pesan suruh tanya Amie...berapa harga sekilo? He.... Amie tak jual... kalau nak petik je di depan rumah...
Buahnya sangatlah lebat.....
Ini hanya gambar kenangan tahun lepas...., separuh pokok tumbang dan suami 'gondolkan' pokok tu... sekarang nampaknya sedang mula berbunga....