Puas sudah menanam pokok bunga ros... membeli dari pelbagai tempat, pelbagai spesies dan pelbagai cara telah digunakan, namun semuanya hampa belaka. Pokok ros mati kering, tidak subur, tercabut dan entah apa-apalagi. Rasa macam patah semangat untuk meneruskannya tapi sebab suka sangat pada rupanya yang cantik dan baunya yang harum, kami teruskan juga usaha memeliharanya. 16 tahun yang lalu, semasa tinggal di rumah sewa, kami tanam beberapa pokok bunga ros, bunga sangat lebat.... tak putus-putus berputik, tapi setelah hampir 10 tahun menghuni rumah sendiri, mengapa tanaman ros asyik tidak menjadi. Setelah kami teliti melalui pengalaman dan pembacaan, rupa-rupanya banyak perkara kami terlepas pandang. Mengapa pokok ros kami sentiasa subur dan mengeluarkan bunga semasa kami tinggal di rumah sewa walaupun kami tidak siram setiap hari, apalagi menabur baja setiap minggu? Rupa-rupanya pada masa itu hanya pokok ros sahaja yang kami tanam, tiada pokok lain dan sebenarnya pokok ros sangat sensitif terhadap tumbuhan lain. Patutlah, pokok-pokok ros kami yang pelbagai warna selalu nampak seperti berpenyakit.... rupanya kami letak bersebelahan denga pelbagai pokok lain, tanam dekat pokok mangga, tanam dekat pokok limau dan pokok bunga lain. Banyaklah serangga yang menyerangnya...Tiga tahun lepas kami tanam serumpun pokok bunga ros warna merah jambu di depan rumah. Hari-hari disiram, tiap minggu dibaja... menjaganya seperti menjaga intan berlian....bila berbunga, keluar berkuntum-kuntum...aduhai, memang sangat cantik dan harum pula. Suatu hari, pokok bunga ros kami diserang penyakit.... dapat jangkitan kutu putih dari pokok jambu batu kepunyaan jiran. Waduh... terpaksa kami terima hakikat, pokok ros kami sudah terganggu. Kami pindahkan ke tempat lain, tapi semakin layu dan tidak subur... rupa-rupanya kami tanam berhampiran saluran air-cond. Ah... sudah putus asa dah... tapi sebab memang dah suka bunga ros, teruskan juga usaha menanamnya di tempat yang sesuai. Berkat kesungguhan dan ketabahan, akhirnya kami dapat satu petua yang sangat berguna melalui pembacaan...kami tanam pokok ros jauh dari tanaman lain (tidak bercampur dengan tanaman lain), dekat dengan dapur tau... sebab apa...senang untuk saya siram pokok ini dengan air basuhan ikan dan beras....katanya pokok ros akan subur dan sentiasa berbunga serta elakkan penggunaan baja kimia. Saya pun mulalah rajin siram pokok bunga ros yang sengaja di tanam berhampiran pintu dapur dengan air basuhan ikan dan beras. Saya tak perasan, pokok yang selama ini kering dan layu, akhirnya subur dan mula mengeluarkan pucuk yang lebat dan beberapa kuntum bunga. Tak sangka.... tak sampai 1 bulan saya amalkan petua ini, hasilnya sudah boleh dilihat...walaupun hanya sekuntum dua...
Ros merah jambu yang berjaya diselamatkan....
Ros merah... spesies ini pernah kami tanam di rumah sewa dan sentiasa berbunga serta mengeluarkan bau yang harummmm.... mudah-mudahan bunga ros kami sentiasa subur...
1 comment:
hahahahhahaha.....cari punya cari petua nk jaga bunga ros kt tenet, terjumpe le blog kakak yg rajin memasak di lahad datu ni...:)
ucu baru nak cuba2 tanam bunga ros (blm beli pun)..bila baca luahan hati akk terus berkobar2 nk beli bunga ros hari jugak...skrg ni hidup lg ke bunga tu..atau dah jadi arwah...
kalau akk nk tahu ucu skrg tgh sibuk menghijaukn car porch..tanam semua pokok jenis batang lembut/keladi snang bela..
pokok besar2 kt laman habis sebahagian dah ditebang.
tapi sampai skrag projek masih belum siap2 nk jdkan taman yg paling snang diurus...
Post a Comment