Sunday, January 23, 2011

never...never ending story....

Pagi Ahad datang lagi...tiba-tiba hujan turun lagi....dengan lebatnya. Kolam ikan kami terbengkalai lagi..... minggu lepas pun ceritanya sama.... lihatlah anak-anak riang gembira main air hujan depan rumah... teringat masa kecil dulu, seronok betul main hujan... tapi dulu airnya bersih, tak seperti hari ini... penuh debu dan kotoran yang memenuhi ruang angkasa... tapi taklah sampai tahap hujan asid....nauzubillah....

gambar minggu lepas... sedang siapkan kolam tiba2 hujan tersangatlah lebatnya.... hujan memanjang sampailah hari ini....Ahad.


Hu hu.... kolam dipenuhi air hujan.....



hmmm.... nampaknya tak tahu bila akan berakhir cerita tentang kolam ini. Hari ini mendung sepanjang pagi dan memang sudah dijangkakan hujan turun lagi seperti minggu lepas. Lupakanlah dulu cerita kolam.... apa kata kita pergi dapur tengok menu sarapan kami sekeluarga pagi ini.... nasi lemak sambal sotong, nikmatinya bersama deraian air hujan yang tiada hentinya....


Jemput datang ke dapur saya...the story of amie's little kitchen di http://salamisimon1.blogspot.com  untuk mengetahui resepi dengan lebih lanjut.

Sunday, January 16, 2011

Oh Bunga Ros

Puas sudah menanam pokok bunga ros... membeli dari pelbagai tempat, pelbagai spesies dan pelbagai cara telah digunakan, namun semuanya hampa belaka. Pokok ros mati kering, tidak subur, tercabut dan entah apa-apalagi. Rasa macam patah semangat untuk meneruskannya tapi sebab suka sangat pada rupanya yang cantik dan baunya yang harum, kami teruskan juga usaha memeliharanya. 16 tahun yang lalu, semasa tinggal di rumah sewa, kami tanam beberapa pokok bunga ros, bunga sangat lebat.... tak putus-putus berputik, tapi setelah hampir 10 tahun menghuni rumah sendiri, mengapa tanaman ros asyik tidak menjadi. Setelah kami teliti melalui pengalaman dan pembacaan, rupa-rupanya banyak perkara kami terlepas pandang. Mengapa pokok ros kami sentiasa subur dan mengeluarkan bunga semasa kami tinggal di rumah sewa walaupun kami tidak siram setiap hari, apalagi menabur baja setiap minggu? Rupa-rupanya pada masa itu hanya pokok ros sahaja yang kami tanam, tiada pokok lain dan sebenarnya pokok ros sangat sensitif terhadap tumbuhan lain. Patutlah, pokok-pokok ros kami yang pelbagai warna selalu nampak seperti berpenyakit.... rupanya kami letak bersebelahan denga pelbagai pokok lain, tanam dekat pokok mangga, tanam dekat pokok limau dan pokok bunga lain. Banyaklah serangga yang menyerangnya...Tiga tahun lepas kami tanam serumpun pokok bunga ros warna merah jambu di depan rumah. Hari-hari disiram, tiap minggu dibaja... menjaganya seperti menjaga intan berlian....bila berbunga, keluar berkuntum-kuntum...aduhai, memang sangat cantik dan harum pula. Suatu hari, pokok bunga ros kami diserang penyakit.... dapat jangkitan kutu putih dari pokok jambu batu kepunyaan jiran. Waduh... terpaksa kami terima hakikat, pokok ros kami sudah terganggu. Kami pindahkan ke tempat lain, tapi semakin layu dan tidak subur... rupa-rupanya kami tanam berhampiran saluran air-cond. Ah... sudah putus asa dah... tapi sebab memang dah suka bunga ros, teruskan juga usaha menanamnya di tempat yang sesuai. Berkat kesungguhan dan ketabahan, akhirnya kami dapat satu petua yang sangat berguna melalui pembacaan...kami tanam pokok ros jauh dari tanaman lain (tidak bercampur dengan tanaman lain), dekat dengan dapur tau... sebab apa...senang untuk saya siram pokok ini dengan air basuhan ikan dan beras....katanya pokok ros akan subur dan sentiasa berbunga serta elakkan penggunaan baja kimia. Saya pun mulalah rajin siram pokok bunga ros yang sengaja di tanam berhampiran pintu dapur dengan air basuhan ikan dan beras. Saya tak perasan, pokok yang selama ini kering dan layu, akhirnya subur dan mula mengeluarkan pucuk yang lebat dan beberapa kuntum bunga. Tak sangka.... tak sampai 1 bulan saya amalkan petua ini, hasilnya sudah boleh dilihat...walaupun hanya sekuntum dua...


Ros merah jambu yang berjaya diselamatkan....



Ros merah... spesies ini pernah kami tanam di rumah sewa dan sentiasa berbunga serta mengeluarkan bau yang harummmm.... mudah-mudahan bunga ros kami sentiasa subur...

Anggur Oh Anggur

Pagi ini sempat jalan-jalan di belakang rumah..... petik cili padi yang sudah masak dan terus terpandang pokok anggur yang semakin subur...


Buah anggur tersorok di dalam......



Besarnya daunnnn.... perhatikan yang kecil bercabang-cabang  tu... ha  itu buah anggur yang masih kecil...


Kalau ada kamera yang canggih, mesti cantik dan jelas gambar putik anggur ni...



Buah anggur yang semakin membesar..... harap kali ini anggur panjang umur...sampai masak.. he he he



Cerita di Pagi Ahad

Ahad...seminggu yang lalu, gotong-royong membuat kolam dan Ahad, pagi ini...gotong royong bersambung lagi.

Apa agaknya yang difikirkan oleh dua beranak ini tentang projek kolam ikan yang tak siapa lagi tu...


Nampaknya hanya anak kedua saja yang membantu ayahnya.... cuaca semakin panas....saya perlu menyediakan sesuatu untuk mereka...



Saya sediakan untuk mereka teh nanas bersama keropok kentang pedas.... wah...sudahlah cuaca panas, minuman pun panas....berasap terus ni....he he he. Untuk mengetahui tentang khasiat teh nanas dan cara menyediakannya sila berkunjung ke dapur saya di http://salamisimon1.blogspot.com/.

Monday, January 10, 2011

Masih Cerita Tentang Anggur

Entah sudah berapa hari tidak menjenguk belakang dapur... tempat pokok anggur kami merayap dan berputik. Nampaknya putik terus membesar seperti di bawah ini....

Sunday, January 9, 2011

The Never Ending Story

Entah berapa lama bahagian hadapan rumah kami ini terbengkalai...... nak buat taman tapi asyik tak siap-siap. Nak buat kolam tapi asyik hujan.... kolam sudah digali... penuh dengan air hujan....sehinggalah ke hari ini.... rupa-rupanya si ayah dengan anak-anak sedang bekerjasama... he he he...maklumlah hari ini Ahad, semua cuti...tapi tak tahu apa rupa kolam itu nanti....

tahun lepas asyik hujan, terpaksalah menimba air .....



Pokok epal bidara pun sudah ditebang separuh.... apa konsep taman ni nanti ye.... mudah2an menjadilah kolam dan taman kali ini.... aduhai.... the never ending story pulak jadinya... nak jadi cerita... tiba2 hujan di tengahari dengan lebatnya...habislah.... habis cerita dah.... opsss belum habis... hujan lebat tak sampai 2 minit pun....lepas makan tengahari dan berehat sebentar, anak beranak ni sambung semula kerja....


Dulu kami ada sebuah kolam ikan tapi terpaksa ditimbus untuk dijadikan tempat letak kereta. Hero kecil dalam gambar di atas ni sempat masuk dalam kolam ikan dan tangkap semua ikan di dalamnya termasuk kura-kuranya sekali... ha hari ini dia pula kena bantu ayahnya....


Harap-harap hujan tidak turun hingga ke petang. Cuma sibuk fikirkan apa juadah istimewa untuk mereka petang nanti setelah penat bekerja. Tengahari tadi anak kedua minta masakkan ikan bersos... saya pun masaklah seadanya apa yang ada di dapur saya di http://salamisimon1.blogspot.com.


Sunday, January 2, 2011

Anggurku Berputik Lagi

Tak ingat dah berapa tahun kami tanam pokok anggur di belakang rumah. Seingat saya, tahun lepas saya bersama suami tebang batang anggur tu. Bukan sebab tak berbuah, anggur kami memang sentiasa mengeluarkan buah tapi sebab terlalu subur, pokok anggur kami merayap sampai kerumah jiran kiri kanan dan belakang rumah. Kami tinggalkan tunggul pokok anggur.... tunas tumbuh lagi dengan suburnya... dan kami sudah tidak pedulikannya lagi sebab kesuntukan masa. Petang tadi suami panggil saya semasa saya sedang masak di dapur.... katanya anggur mula berbuah lagi...ohh...ooo... belum berbuah tu, baru gugur bunga dan muncul putik2 kecil...


Nampak subur betul daun anggur dengan sulur pautnya yang mencengkam dan merayap sampai ke rumah jiran.


Gambar di atas menunjukkan anggur yang mula berputik. Kamera saya tak canggih dan saya pula bukannya jurugambar profesional, jadi tak pandai nak fokus....he he he....dan di bawah ini gambar buah anggur yang saya ambil entah tahun bila.... dah lupa. Taklah lebat sangat dalam segugus tu... tapi memadailah daripada tak berbuah langsung. Kalau masak anggur ni warna hitam.... tapi tak sempat masak sebab anak2 suka petik masa muda...



inilah rupa buah anggur di negara kita...



kontot-kontot belaka.... tidaklah segebu dan secantik sebagaimana anggur hawa iklim sederhana.....


Puding Horlicks Karamel 2011

Hmmmm.... untuk mengetahui lebih lanjut tentang puding horlicks karamel 2011 saya, sila lawati dapur saya di http://salamisimon1.blogspot.com.... selamat berkongsi idea rasa.