Monday, September 10, 2012

Epal Bidara Mulai Matang

Assalamualaikum.
Kali ini buah epal bidaraku banyak masalah. Buahnya kecil dan bantut.



Kali ini epal bidara masak tak sekata. Mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu.



Ada yang rosak di tangkai kerana terlebih air (akibat hujan lebat).



Ini belum masak lagi. Tapi sudah tua / matang.



Ini boleh dipetik. 


Tuesday, September 4, 2012

Epal Bidara Berbuah Lagi... Walau Panas Kering Kontang

Assalamualaikum.




Epal bidara berbuah lagi. Kami tidak menyedari bilakah masanya ia mengeluarkan bunga dan  mula berputik. Maklumlah sepanjang tempoh beberapa bulan kebelakangan ini cuaca panas terik, tanah kering kontang dan agak mustahil epal bidara akan berbuah seperti biasa. Encik Suami telah mencantas sebahagian besar dahannya yang berjuntai di luar pagar dan nampaknya kali ini buahnya tidak selebat seperti musim sebelumnya.




Mungkin disebabkan cuaca panas, buah yang muncul kurang sempurna! Lihat sahaja perbezaan 2 biji epal bidara di atas!


Namun ia terus mengeluarkan buah di celah-celah daun pada ranting-ranting yang berjuntaian.


Sesekali hujan yang turun diharapkan dapat menyegarkan tumbuh-tumbuhan dan melembabkan tanah yang kering merekah!



Sebenarnya kehadiran buah epal bidara ini hanya disedari pada suatu senja, ketika kakak ipar menghantar kami pulang dari lapangan terbang sekembalinya kami dari beraya di Selangor. Amie katakan epal bidara tidak berbuah lagi, tetapi dia meninjau-ninjau ke bawah pohonnya dan memberitahu kami bahawa sebenarnya pohon epal bidara sedang berbuah!Alangkah tidak prihatinnya tuan tanah ye....