Tuesday, September 4, 2012

Epal Bidara Berbuah Lagi... Walau Panas Kering Kontang

Assalamualaikum.




Epal bidara berbuah lagi. Kami tidak menyedari bilakah masanya ia mengeluarkan bunga dan  mula berputik. Maklumlah sepanjang tempoh beberapa bulan kebelakangan ini cuaca panas terik, tanah kering kontang dan agak mustahil epal bidara akan berbuah seperti biasa. Encik Suami telah mencantas sebahagian besar dahannya yang berjuntai di luar pagar dan nampaknya kali ini buahnya tidak selebat seperti musim sebelumnya.




Mungkin disebabkan cuaca panas, buah yang muncul kurang sempurna! Lihat sahaja perbezaan 2 biji epal bidara di atas!


Namun ia terus mengeluarkan buah di celah-celah daun pada ranting-ranting yang berjuntaian.


Sesekali hujan yang turun diharapkan dapat menyegarkan tumbuh-tumbuhan dan melembabkan tanah yang kering merekah!



Sebenarnya kehadiran buah epal bidara ini hanya disedari pada suatu senja, ketika kakak ipar menghantar kami pulang dari lapangan terbang sekembalinya kami dari beraya di Selangor. Amie katakan epal bidara tidak berbuah lagi, tetapi dia meninjau-ninjau ke bawah pohonnya dan memberitahu kami bahawa sebenarnya pohon epal bidara sedang berbuah!Alangkah tidak prihatinnya tuan tanah ye....

9 comments:

Ujie Othman said...

epal bidara..1st time tau.
camne rupa dlmnya?

KuNanGKuNanG said...

rasenye sama x ngan buah epal biasa?

Amie said...

Ujie,
ada satu biji dalamnya...putih isinya.

KunangKunang,
rasanya rangup dan manis kalau masak, tak sama dengan rasa epal biasa.

syiela said...

yang melihat ni terliur rasanya

Yana Halim said...

teringin nak merasa buah ni. ada jual kat pasar ke?

Amie said...

Syiela,
boleh tanam....

Yana,
tak pernah jumpa di pasar, tapi biasa makan yang jeruk punya...itupun Siam mari...

kakrose said...

pertama kali dengar dan nmpk buahnya.nak tau juga rasanya camna. ada di jual di mana2 ke amie?

QA's ~ mamapapa said...

teringin plak nk tgk live :) mcmna palk agaknya rasa diakn :) jmput follow kmbali :)

Suria Amanda said...

Geram plak tgok buah epal bidara ni...