Assalamualaikum.
Buat pengunjung yang tersesat ke sini, belum terlambat rasanya untuk Amie ucapkan selamat Tahun Baru 2013. Memang agak lama juga Amie tidak mengemaskini Little Cottage ini. Walaupun cuti sekolah, tetapi Amie terpaksa menghabiskan sebahagian besar hari cuti tersebut untuk menyelesaikan tugas rasmi di luar daerah. Walaupun sebahagiannya Amie selesaikan di rumah, tetapi langkah Amie agak terhad untuk mencari bahan dan merakam perkara-perkara yang berkaitan untuk dipaparkan yang sebelum ini Amie ambil dari persekitaran rumah kami. Namun begitu, untuk tidak menghampakan pengunjung setia dan peminat buah epal bidara, di kesempatan ini Amie titipkan gambar-gambar kenangan yang dapat Amie kumpullam sepanjang musim hujan tahun lepas.
Lihatlah gambar pohon epal bidara di atas. Buknnya epal bidara masak, tetapi epal bidara yang buruk akibat terlalu banyak air yang diserap akibat musim hujan!
Pada peringkat awalnya, epal bidara berbuah dengan lebat sekali, dan buah-buahnya membesar dengan cepat kerana cuaca yang tidak berapa panas disertai dengan hujan.
Namun begitu, tempoh pembesaran buah epal bidara ini rupanya tidak menjanjikan hasil seperti yang dijangkakan.
Buah epal bidara yang hampir matang ini rupanya mengandungi terlalu banyak air akibat hujan yang berterusan.
Memang buah epal bidara ini kelihatan cantik dan seakan-akan mulai masak. Namun begitu, cuba perhatikan sebiji buah epal bidara di bawah ini.... yang terletak di belakang daun....
Perhatikan gambar di atas dengan gambar di bawah.
Nampaknya kerana rosak epal bidara sebiji, akan membwa kerosakan kepada keseluruhan buah tersebut!
Kalau rupanya sudah seperti gambar di atas, memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Epal bidara akan memburuk dan membusuk di tangkainya atau seperti di bawah ini....
Buah ini akan gugur ke tanah.
Bekas gigitan pada buah epal bidara ini merupakan perbuatan tupai dan juga serangga malam.
Nampaknya.... hanya dapat menikmati pemandangan epal bidara di musim hujan melalui celah jendela!
20 comments:
Sayanganya Amie. Kalau kakak dah tahu macam tu petik aje masa dia masih hijau, buat rojak buah sedapnya. Itulah bila ada banyak mesti tak termakan ye Amie. Kakak yg tengok geramnya... banyak pulak tu.
salam Amie
akak tak pernah makan dan tak reti nak makan pun buah ni cemana nak makan heee jakuniss ni
Makchaq tak pernah nampak rasanya.. tak tau la kot tak ingat..
Rasanya macam epal jugak ke?
Kakzakie,
masalahnya dah terlambat kak sebab walaupun luarnya nampak elok dan segar tapi di dalamnya dah buruk dimakan air, lain kali kalau berbuah musim hujan memang nak petik aje buat jeruk!
Kak Nooriah,
makan macam biasa kak, boleh cicah kicap lada atau kalau dah tua makan je gitu.
Makchaq,
rasanya manis bila tua, getir sikit bila muda,
alahaii.. sayangnya amie.. byk yg rosak ye di musim hujan.. agak2nya buah yg belum matang tu tak boleh ke dipetik & dibuat jeruk atau dibuat inti pai dan sebagainya... sayang betul nampak buah yg jatuh berguguran tu..
Madiha,
rosak sebiji rosak semua sebab dah masuk air, jadi isinya semua buruk... sebenarnya sebiji pun tak dapat diselamatkan!
indahnya pemandangan epal bidara di tepi jendela..
yg ggur tu dh msk?
Kak Yon,
walaupun epal buruk yang bergantungan... tapi masih ada nilai seninya kan... he he ehhh.
Nasuha,
yang gugur tu burukkk... jatuh dari tangkai.
Bestnya ada tanah sendiri..mcm2 boleh tanam, tak pernah dgr apple bidara..mcm apple biasa ke? Dah pernah rasa ke buahnya??
saya mau beli bibit buah anggur sama tu epal. Macamana mau contact? mau cuba tanam
Hanny,
epal bidara rasanya manis & rangup kalau dah tua, masa muda rasanya kelat sikit.
Butod,
cuba cari benih anggur di pasar tani.
bulih ka kalau sia bili kopunya bibit anggur sama tu bidara epal? ndak tejumpa bah ni di pasar tani?
Kami tak jual, tapi kalau berminat boleh datang ambil.
Betullah Amie. Masa mula lihat putiknya gembira sangat. Tapi susah nak jumpa yang sampai matang ditangkai. Pasti membusuk ditengah usia dia. Sesekali ada yg sampai masak elok, memanh manis rasanya...
Salam kak amie..sesat ke sini pulak..hee..suka nya tgok epal bidara tu...kak amie tanam ank pokok ke..berminat lh tgok..nnti dh blik kpg blh tanam kat umh sendiri...best kan..ada kebun2 ni..:-D
wah.... banyaknya epal.. sayang yang buruk tu...
wah sedap ni.. tq ke blog KA dah follow sini juga yer 161 hehehe
Assalamualaikum kak. Boleh sy dapatkan benih pokok bidara?
Contact sy di 010 2280071 Nur Alia Omar
cantiknya gambar-gambar yang sis ambil..jadi geram saya nengoknya! saya tak pernah makan buah epal bidara nih, tapi rasanya macam epal biasa je sis?
Post a Comment