Tuesday, October 7, 2014

Pokok buah apa yang sudah berputik?

Macam lama benar tak pusing keliling rumah... ha hahah nak keliling apanya, tanah cuma sekangkang kera. Depan rumah sikit, tepi dapur dan belakang dapur sikit. Kalau gajah yang datang, tak sampai berapa langkah sudah terduduk... jadi gajah duduklah gamaknya! Kononnya nak tengok apa-apa pokok buah yang mula berbunga atau berputik...

Mula-mula ternampak buah mangga ni... ya Allah! Lama benar tak pergi belakang dapur rupanya.Patutlah Fairuz asyik sebut buah mangga dah besar. Rupanya memang dah lama berbuah mangga udang kami ini.


 Dah bergayut-gayut pun!

 Biasanya buah mangga udang kami ini akan membesar sehingga 1.4 - 1.8kg setiap biji.

 Memang nampak masih muda benar. Baru membesar dari putik!

Dengar khabarnya Encik Suami nak bungkus. Sebelum ini tak pernah pulak dibungkusnya buah mangga ni.

Wokeylaaa... cukuplah beberapa biji mangga ni... nak tangkap banyak gambar, takut kena gigit kerenggolah pulak nanti!

Tengok pulak tanah sekangkang kera depan rumah. Oh! Buah mata kucing brazil pun dah mula berbuah. Ni yang selalu Encik Suami bising. bising sebab pokok ni kedudukannya bersebelahan dengan pokok epal bidara. Dia lebih sayangkan pokok mata kucing brazil daripada pokok epal bidara.

Nampak tak... pokok epal bidara yang di belakang, dan di depannya pula pokok mata kucing brazil.

 Pokok epal bidara pun tengah lebat berbunga dan berbuah.

Rupanya Encik Suami bawa parang naik tangga tebang dahan pokok epal bidara! Hadoooiii....  walaupun kami tak berapa nak makan buahnya, tapi ramai yang datang minta daunnya untuk tujuan berubat dan sebagainya. Ada juga orang yang lalu lalang singgah minta buahnya bila epal bidara sudah matang!

Tuesday, September 16, 2014

Orkid @ Anggerik

Dulu, lebih 10 tahun yang lalu... waktu itu tengah gula-gila tanam & kumpul bunga orkid. Ke mana-mana pergi kalau terjumpa pokok orkid, entah spesies apa pun mesti beli punya! Terpikat sangat dengan bunganya yang cantik & warna-warni! Orkid bandar ke, yang kawin ke atau anggerik desa yang tumbuk di tanah atau atas pokok, semuanya kami kumpulkan! Akhirnya (sempat Amie kira), kami berjaya kumpulkan 117 jenis orkid! Sayang seribu kali sayang, setelah pembantu rumah berhenti kerja, orkid terbiar begitu saja... dan rupa-rupanya pandai merajuk ya! Tak mahu berbunga, dan ada yang mati!  .Itulah... padan muka kami kan, hanya tahu buat koleksi tapi tak rajin nak jaga. Encik Suami pun kumpulkan beratus-ratus pasu orkid dan letak di belakang rumah. Ada juga beberapa pokok yang masih hidup, Encik Suami pindahkan ke bahagian hadapan rumah kami. Sangkutkan di batang pokok epal bidara. Kadang-kadang bila keluar bunga, Encik Suami panggil Amie untuk melihatnya, tapi mood nak ambil gambar tadaaaaakkk mari!


Gambar ini diambil waktu tengahari. Dah layu ke bunga yang di bawah tu...


Yang ini nampak kembang sempurna.


Keesokan pagi... oh! Baru kembang rupanya yang bahagian bawah tu.


Cantikkan! Basah... bukan kena embun atau baru disiram, tapi sebab disirami hujan di malam hari!

Thursday, April 10, 2014

Mawar oh! Mawarku

Lamanya tak datang ke sini..... 
Nampak gayanya memang kena kerja keras nak bersihkan segala sawang yang dah menutup hampir keseluruhan cottageku nan usang ini!
Jom kita serikan cottage ini dengan bunga ros @ mawar segar pelbagai warna!



Nampak seri tak?


Belum berseri lagi ke?
Meh kita bubuh bunga mawar warna oren pulak.


Naik seri sikit kan?



Kita tambah mawar oren yang mula mekar.
Lagi berseri kan?



Apa pun mawar merah juga yang diminati ramai. 
Tapi... kita tunggulah kuntumannya  menjadi mekar!
Moga cottage ku yang semakin 'yatim piatu' ini makin berseri.