Dulu, lebih 10 tahun yang lalu... waktu itu tengah gula-gila tanam & kumpul bunga orkid. Ke mana-mana pergi kalau terjumpa pokok orkid, entah spesies apa pun mesti beli punya! Terpikat sangat dengan bunganya yang cantik & warna-warni! Orkid bandar ke, yang kawin ke atau anggerik desa yang tumbuk di tanah atau atas pokok, semuanya kami kumpulkan! Akhirnya (sempat Amie kira), kami berjaya kumpulkan 117 jenis orkid! Sayang seribu kali sayang, setelah pembantu rumah berhenti kerja, orkid terbiar begitu saja... dan rupa-rupanya pandai merajuk ya! Tak mahu berbunga, dan ada yang mati! .Itulah...
padan muka kami kan, hanya tahu buat koleksi tapi tak rajin nak jaga.
Encik Suami pun kumpulkan beratus-ratus pasu orkid dan letak di belakang
rumah. Ada juga beberapa pokok yang masih hidup, Encik Suami pindahkan
ke bahagian hadapan rumah kami. Sangkutkan di batang pokok epal bidara. Kadang-kadang bila keluar bunga, Encik Suami panggil Amie untuk melihatnya, tapi mood nak ambil gambar tadaaaaakkk mari!
Gambar ini diambil waktu tengahari. Dah layu ke bunga yang di bawah tu...
Yang ini nampak kembang sempurna.
Keesokan pagi... oh! Baru kembang rupanya yang bahagian bawah tu.
Cantikkan! Basah... bukan kena embun atau baru disiram, tapi sebab disirami hujan di malam hari!
7 comments:
saalams amie,
saya juga suka sangat orkid dulu pantang nampak mesti beli, selalu beli dekat padang besar murah. tp skrg habis mati tinggal sisa2 jerk :)
Cantiknya bebunga orkid nie... Rasa teringin nak tanam ^_^
Salam. Hee sungguh cantik bunga orkid merah jambu itu.
bab bunga ni kira tak berapa minat sangat. lagi pun tangan ni kalau tanam pokok bunga panas. tak menjadinya nanti hihihi
cantiknya cataleya tapi jenis ni cpt layu.
This way my friend Wesley Virgin's story launches with this SHOCKING and controversial VIDEO.
Wesley was in the military-and shortly after leaving-he discovered hidden, "SELF MIND CONTROL" secrets that the CIA and others used to get whatever they want.
These are the EXACT same methods tons of famous people (notably those who "became famous out of nothing") and elite business people used to become rich and successful.
You probably know that you use less than 10% of your brain.
That's really because the majority of your brain's power is UNCONSCIOUS.
Maybe this expression has even taken place INSIDE OF YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head seven years back, while riding a non-registered, beat-up trash bucket of a vehicle without a driver's license and $3.20 on his bank card.
"I'm very frustrated with living check to check! When will I become successful?"
You've taken part in those conversations, right?
Your success story is waiting to happen. All you need is to believe in YOURSELF.
Learn How To Become A MILLIONAIRE Fast
Cantiknyaaaa pink colour! Makcik saya suka orkid... rumah sy.. mmg xde pokok2
Post a Comment