Friday, December 31, 2010

Nasi Ayam 2010

Tahun 2010 meninggalkan pelbagai kenangan,pahit manis,suka duka, gagal dan jaya. Tak terasa begitu cepat masa berlalu. Mungkinkah kesibukan tugas menyebabkan kita tidak menyedari waktu berengsot pergi meninggalkan kita dan sesungguhnya tanpa disedari diri kita telah dimiliki waktu... usia semakin meningkat. Harapnya tahun 2011 terus memberi sinar.... azam yang terus dibawa ke hadapan, ingin meningkatkan kualiti kerja, mendekatkan diri kepada Allah, berbakti untuk keluarga dan mengurangkan mengumpat.... kalau boleh tak mahu mengumpat terus... (makan daging busuk di akhirat nanti...). Dengan adanya blog seperti sekarang ini, baiklah luangkan masa kongsi pelbagai idea masakan, hiasan dalam dan hobi2 lain. Saya sediakan Nasi Ayam 2010... resepi terakhir untuk tahun ini dan untuk mengetahui resepi2 lain jemputlah ke dapur saya yang seadanya di http://salamisimon1.blogspot.com



No comments: