Saturday, December 11, 2010

Nasi Lemak Buah Bidara


Assalamualaikum semua.... jemput sama menikmati hidangan mata yang hanya boleh dipandang tapi tak boleh dirasa... he he he....
Mari kita hayati salah sebuah Puisi Melayu Lama yang membicarakan tentang pengorbanan dalam berkasih sayang melalui pantun berikut:

nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
tinggal emak tinggal saudara,
kerana kasih hamba turutkan.

Walaupun untaian 'nasi lemak buah bidara' sekadar sampiran atau pembayang kepada maksud pantun, tetapi pemilihan diksi atau perkataan itu sangat menarik hati pendengar seperti saya. Rakan-rakan blog yang sudi bertandang.....selepas kita nikmati secawan teh 'o' lemon  panas dan  sepinggan nasi lemak hasil masakan saya di bawah ni, kita cuci mata dengan buah bidara dari pohon yang berbuah rendang di depan rumah saya yea...



Nasi lemak & teh 'o' lemon... ada bakat jadi chef tak?



Sebakul buah epal bidara...bukan epal hijau yea.....



Ini buah epal bidara atas pokok depan rumah
saya... yang warna merah di belakang tu
 bukan epal merah tau...tu epal bidara yang buruk....



Sebab sangat geram dengan buah epal bidara yang
lebat & montel2...berkilau-kilau dipanah matahari pagi,
 saya share gambar ni dengan rakan-rakan semua... cantik tak?
Macam buah epal betul kan?

1 comment:

Ain said...

hai...saya nak tanya mana nak dapat buah bidara seperti dalam blog awak nie yer...dh lama sy cr....mengidam buah bidara plak..huhuhuh